26 September 2013 - Telah berlangsung pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah anjuran SMK Jitra- UUM. Program bermula dengan pertandingan pidato pelajar sekolah diikuti dengan pidato oleh pelajar jemputan dari UUM.
Bagi kategori Bahasa Melayu, johan disandang oleh wakil SM Sultan Abdul Halim, naib johan dari SM Sultan Badlisyah dan tempat ketiga diraih oleh Nor Atikah dari SMK Jitra. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula, putera SM Sains Kubang Pasu ternyata berbisa apabila dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Muthu dan Nor Fathihah masing-masing dari SMK Jitra. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rooslee b. Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang turut sudi menyampaikan ucapan penutupan.
Acara bertambah hangat dengan beberapa persembahan hebat melibatkan pihak Angkatan Sasterawan Nasional ( ASASI ) Kedah yang menyampaikan sajak bernada patriotik, nyanyian oleh pelajar SMK Jitra dan diakhiri dengan tarian khas oleh pelajar-pelajar UUM yang berasal dari Indonesia. Para penonton yang pertama kali melihat tarian tersebut terpukau dengan pergerakan tarian tanpa muzik yang dipersembahkan. Tahniah kepada para pemenang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJOHANAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2024
[ 05/11/2024 ] Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Pingat yang diperoleh: *Pingat gangsa* ...
-
Muhammad Airel Muqrin mewakili SMK JITRA telah berjaya mendapat JOHAN dalam Pertandingan Kemahiran Bola Sepak.Taniah dan Syabas kepada semua...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment