17-18 Jun 2014 - Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di Pusat Seni UUM. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini . Seramai 14 orang pelajar SMK Jitra telah terlibat dalam pertandingan yang membawa mesej impak negatif peperangan melalui drama berjudul Inflakasta. Drama ini merupakan petikan daripada drama Tingkatan 2.
Semua pelakon dan krew yang terlibat telah bertungkus-lumus dalam pertandingan tersebut dan membawa kemenangan kepada pihak sekolah sebagai naib johan. Menurut Pn. Hajah Arison bt. Din, walaupun pasukan hanya bergelar naib johan tetapi kemenangan pasukan adalah secara bermaruah dan beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian pasukan drama sekolah. Syabas, SMKJ boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...
No comments:
Post a Comment