19 NOVEMBER 2014 / 26 MUHARAM 1436H
==================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT
MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: H. Rasidah H. Rodzi
Gambar Oleh: Anjung Tamu
ANJUNG TAMU ONLINE: Seramai
84 pelajar dan 6 guru pengiring Sekolah Menegah Kebangsaan Jitra
(SMKJ) mengadakan lawatan ke UUM pada hari kedua Konvokesyen ke-27 serta
turut memeriahkan suasana Konvokesyen.
Lawatan sambil belajar dibawah Program
Jalinan Bestari UUM-SMKJ Siri ke 2 ini diselaraskan dengan kerjasama Persatuan
Sains Kuantitatif (QUSAC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, College of Art
and Sciences (CAS) UUM. SMKJ merupakan salah sebuah “Sekolah Kluster
Kecemerlangan”.
“Pelajar amat gembira dapat melawat UUM
semasa Majlis Konvokesyen. Ini adalah pendedahan dan pengalaman terbaik untuk
mereka meningkatkan minat serta motivasi untuk belajar dengan tekun,” kata Guru
Penasihat SMKJ Abd Aziz Saad. Beliau juga merupakan Ketua Panitia
merangkap Ketua Kebitaraan Matematik. Ketua Jabatan Matematik dan Statistik,
Pusat Pengajian Sains Kuantitatif UUM, Dr. Masnita Misiran turut mengiringi
rombongan SMKJ.
Sementara itu, staf Welcome Centre
memberikan taklimat kepada pelajar agar mereka mengenali UUM dengan lebih
dekat, mencakupi sejarah penubuhan dan kepimpinan UUM.
Rombongan SMKJ kemudiannya melawat
galeri, loteng (Tingkat Atas) dan bergambar di Laman Padi Organik Welcome
Centre.
==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095
E-MEL: welcome_centre@uum.edu.my
No comments:
Post a Comment