Monday, 15 June 2015

HARI GURU -Afiqah

SMK Jitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru di Dewan Ibnu Sina pada 18 Mei 2015. Sambutan ini diadakan sebagai penghargaan kepada para guru yang telah banyak menabur bakti dalam mendidik para pelajar. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Jitra, En. Zainol Abidin bin Ahmad.


     Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengetua sekolah, Pn. Hajah Latipah binti Kassim dan acara pemotongan kek yang disumbangkan oleh wakil Bank Rakyat.Seterusnya,  para pelajar diberi peluang untuk menikmati jamuan di kelas masing-masing. Sambutan hari guru ini diakhiri dengan persembahan-persembahan daripada para pelajar yang berbakat. Persembahan paling menarik telah ditunjukkan oleh para pelajar tingkatan lima daripada kumpulan Shoutul Hadi. Mereka telah membuat persembahan yang berjaya menghiburkan hati warga SMK Jitra.


 Link video di sini

  Pada akhir persembahan, tayangan video karya pelajar tingkatan lima 2015 telah dipersembahkan. Video ini merupakan penghargaan mereka kepada para guru yang banyak bersabar dengan kerenah mereka sepanjang berada di sekolah dan sebagai kenangan sebelum mereka meninggalkan sekolah selepas SPM. Video ini telah berjaya menunjukkan kreativiti mereka untuk menghasilkan video yang menarik. Walaupun penat, semua pelajar dilihat begitu gembira sepanjang majlis tersebut termasuk juga semua guru SMK JItra. Selamat Hari Guru, cikgu.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM TAHUN 2024

 [ 24 APRIL 2025 ] Pada hari Khamis yang lalu, semua pelajar bagi calon yang menduduki SPM bagi tahun 2024 telah datang ke sekolah bagi peng...