Pada 28-30 Mei 2015, SMK Jitra telah mengadakan Kem Asas Kecemerlangan Akademik (KACA) di Universiti Utara Malaysia. Kem ini telah dihadiri sebanyak 80 orang pelajar tingkatan lima yang terpilih beserta beberapa orang guru pengiring. Kem ini telah diadakan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para pelajar tentang 4 subjek penting iaitu Matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia.
Selain itu, terdapat juga
beberapa aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) bersama-sama fasilitator
daripada UUM ( Sekretariat
Pembimbing Rakan Siswa UUM ). Melalui aktiviti-aktiviti LDK ini,
pelajar dapat bergembira sambil belajar tentang kepentingan mempunyai strategi,
fokus dan semangat bekerjasama untuk berjaya. Pada masa yang sama, mereka
berjaya memberikan motivasi kepada para pelajar untuk mengubah diri ke arah
yang lebih baik supaya dapat cemerlang dalam SPM pada bulan Nov ini.
Kem ini dilihat memberi banyak
manfaat kepada para pelajar. Mereka dapat belajar daripada para guru cemerlang
dan dapat melepaskan tekanan bersama-sama para fasilitator UUM. Semoga kem ini
dapat membantu sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam keputusan SPM
nanti.
No comments:
Post a Comment