16 Ogos 2015 - " Merdeka ! " ... genap 58 tahun negara Malaysia menyambut hari yang penuh bersejarah . Tanggal 31 Ogos 1957 sudah pastinya segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia begitu juga warga SMK Jitra . Hari keramat ini disambut dengan penuh gilang - gemilang oleh seluruh warga SMK Jitra .
Sebagai pembuka tirai , pada jam 12 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina telah diadakan upacara pelancaran hari kemerdekaan . Upacara tersebut diserikan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh tiga orang pelajar daripada pelbagai kaum . Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ' Negaraku ', ' Malaysia Jaya ', 'Malaysia Maju ' dan ' Keranamu Malaysia ' oleh seluruh warga SMK Jitra dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang . Upacara pelancaran Hari Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh puan pengetua SMK Jitra , Puan Hajah Latipah bt Kassim .
15 September 2015 - Majlis penutupan sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan mencipta sajak , membuat buku skrap , kelas tercantik dan sebagainya .
Persembahan mendeklamasikan sajak |
Semua guru turut menyanyi dan mengibarkan Jalur Gemilang |
15 September 2015 - Majlis penutupan sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan mencipta sajak , membuat buku skrap , kelas tercantik dan sebagainya .
Persembahan pentomen merupakan acara kemuncak majlis penutupan bulan kemerdekaan yang telah diarahkan oleh NUR AQILAH HUSNA BT ANUAR, pelajar dari tingkatan 4 Emerald. Pentomen ini amat menyentuh hati dan mendapat sambutan yang amat
menggalakan daripada para penonton.
Majlis penutupan sambutan
bulan kemerdekaan SMK Jitra ini diakhiri oleh ucapan dan perasmian penutupan
oleh Encik Dali bin Awang merangkap PK Hem SMK Jitra.
#sehatisejiwa
Persempahan Pentomen SMK Jitra
Pentomen yang dipersembahkan sungguh menarik.sapa x mai memang rugi
ReplyDeleteTerima kasih ....
Delete