Friday, 13 November 2015

Aihtifalat Maal Hijrah - Alya & Aqilah

8 November 2015 - Sempena bulan Muharram yang baru menjelma ini, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah . Aktiviti ini juga bertujuan untuk memenuhi waktu senggang para pelajar Tingkatan 3 yang sudah selesai dengan jayannya menduduki peperiksaan PT3 dengan aktiviti yang bermanfaat .


Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar Islam berkumpul di Stadium Mini untuk bacaan surah amalan yang sudah menjadi kelaziman buat pelajar - pelajar SMK Jitra pada setiap pagi . Kira - kira jam 8 pagi, semua pelajar Tingkatan 3 diarahkan untuk ke Surau Al - Hidayah untuk mendirikan beberapa solat sunat iaitu solat hajat, solat dhuha dan diikuti dengan solat witir . Solat yang diimamkan oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dari Tingkatan 5 OPAL ini telah berjaya memupuk kesedaran kepada para pelajar bahawa pentingnya solat sunat selain solat fardhu . Selepas bacaan doa dan zikir, majlis ilmu ini diteruskan lagi dengan bacaan Al - Ma'thurat yang diketuai oleh saudara MUHAMMAD FIRDAUS BIN NASIR dan MUHAMMAD AMEERUL AMSYAR BIN JAMAL dari Tingkatan 5 OPAL .


Sementara pelajar-pelajar muslim sedang sibuk beribadah di surau , semua pelajar bukan muslim membantu guru-guru untuk menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura . Setelah selesai para pelajar beribadat dan menyedikan ramuan , semua pelajar Tingkatan 3 diagihkan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan membantu guru memasak bubur asyura manakala satu kumpulan lagi berkumpul di surau untuk mendengar tazkirah berkaitan Maal Hijrah sebelum para pelajar menjamah juadah yang disedikan ketika waktu  rehat selama 30 minit . Tazkirah yang ringkas dan padat itu disampaikan oleh Encik Ku Insanizdihar Bin Ku Idris yang merupakan seorang guru sejarah Pra - Universiti . Tazkirah tersebut amat sesuai untuk memberi kesedaran buat para pelajar yang kian hanyut disebabkan budaya barat pada era kini .


Kira - kira jam 12.45 tengah hari, tiga kawah bubur asyura siap dimasak . Bubur asyura tersebut diletakkan ke dalam bekas - bekas kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 dan   guru-guru .


Para pelajar Tingkatan 3 sedang mendirikan solat - solat sunat 
Bubur asyura

Encik Nizam sedang mengacau bubur asyura
Puan Hajah Latipah Binti Kassim (mantan pengetua SMK Jitra) turut hadir memeriahkan program





Para pelajar Tingkatan 3 bekerjasama menyediakan ramuan untuk memasak bubur asyura

Bubur asyura hasil air tangan guru - guru & para  pelajar telah siap dimasak

1 comment:

DIALOG PRESTASI AKADEMIK STPM DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SEMESTER 2 2024

 Pada 27 Oktober 2024,berlangsung program T6 bersama pelajar tingkatan 6.Program ini dihadiri oleh Tuan Pengetua,(Pn. Hajah Zaiton BT. Hashi...