6 Januari 2016 - Pada 29, 30 dan 31 Disember 2015 yang lalu, SMK Jitra telah mengadakan satu program orientasi bagi pelajar - pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 . Bagi pelajar - pelajar Tingkatan 1, program ini amat bermakna untuk menyambut kedatangan mereka sekaligus memperkenalkan lingkungan sekolah indah ini.
Mereka diiringi oleh beberapa orang pengawas Tingkatan 4 untuk melawat di sekitar kawasan SMK Jitra dan diberi serba sedikit pendedahan tentang kawasan - kawasan di sekolah ini . Selain itu, peraturan sekolah juga telah diterangkan kepada mereka dengan jelas supaya sikap disiplin terbentuk dalam diri mereka sejak hari pertama persekolahan lagi . Mereka juga diberikan beberapa taklimat tentang kurikulum dan kokurikulum yang disampaikan oleh guru yang terlibat .
Sementara itu, para pelajar Tingkatan 4 pula tekun mendengar taklimat di Dewan Ibnu Sina . Mereka telah diberi borang pakej aliran yang terdapat di sekolah ini dan perlu membuat keputusan yang bijak untuk memilih aliran masing - masing . Taklimat pertama dimulakan dengan taklimat subjek Geografi diikuti taklimat subjek Bahasa Arab seterusnya taklimat subjek ICT . Ternyata taklimat yang disampaikan berjaya menonjolkan minat masing - masing dan para pelajar akan lebih mudah untuk membuat keputusan .
Sebelum bersurai pada hari terakhir program ini, tuan pengetua sempat merakamkan sedikit ucapan dan kata - kata semangat kepada semua pelajar sebelum program tamat . Kata - kata semangat oleh tuan pengetua amat bererti dan mampu membangkitkan lagi semangat para pelajar . "Kejayaan anda bermula hari ini" . Itulah kata - kata terakhir sebelum program tamat pada jam 12 tengah hari .
Diharapkan agar segala yang disampaikan oleh guru - guru akan memberi kesan yang positif kepada setiap pelajar . Ayuh bersama - sama kita lahirkan insan minda kelas pertama .

No comments:
Post a Comment