19 Disember 2016-Pada hari Isnin yang lalu ,pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi seluruh Malaysia telah mendapat keputusan bagi peperiksaan PT3.Semua murid tingkatan 3 dikehendaki datang mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing.Pelajar tingkatan 3 SMK Jitra mengambil keputusan di Dewan Ibnu Sina,SMKJitra.
Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan daripada pengetua SMK Jitra,Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz.Seramai 16 orang pelajar tingkatan 3 mendapat semua 'A' dalam semua mata pelajaran dan seratus peratus pelajar tingkatan 3 lulus dalam peperiksaan PT3.Malah pencapaian pada tahun ini lebih memberangsangkan daripada tahun sebelum ini.Bagi pelajar yang mendapat semua 'A' dikehendaki naik ke pentas bersama waris masing-masing untuk mengambil slip keputusan yang disampaikan oleh pengetua.
Tahniah diucapkan buat para pelajar tingkatan 3 SMK Jitra yang telah mendapat keputusan cemerlang dan amat memberansangkan.Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang teruskan usaha kerana ini bukan noktah kejayaan malah ini merupakan batu loncatan untuk kita melonjak lebih tinggi lagi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...



No comments:
Post a Comment