12 Julai 2017, Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di SMK Yan. Pasukan sketsa SMKJ telah diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 iaitu Khairil Fahmi bin Khairil Faizie, Mohamad Azafri bin Abd Majid, Siti Zalikha bt. Mohd Sabri, Adam Akmal bin Junaidy, Muhd Amirul Hakim bin Zamzam, Muhammad Nabil Azim bin Mohamad Zakiyudin, Muhammad Akmal Irfan bin Ikmal Hisham, Abdul Azim bin Munif dan Zafri bin Zaili. Pasukan SMK Jitra telah mewakili daerah Kubang Pasu dan berjaya merangkul tempat keempat. Sketsa yang dilakonkan oleh pasukan SMK Jitra bertajuk Di Sini Kasih Tertumpah. Sketsa tersebut mengisahkan seorang tentera Melayu bernama Ahmad, menghadapi pelbagai cabaran serta dugaan untuk mempertahankan tanah air tercinta daripada kekejaman komunis. Semoga pasukan sketsa sekolah terus melakar kejayaan pada masa akan datang. #KITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 6.10.2025 pada hari Isnin, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis untuk meraikan kejayaan para pelajar.Maj...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...



No comments:
Post a Comment