Tuesday, 3 October 2017

HARI KOKURIKULUM SMK JITRA 2017

9 SEPT 2017 - Hari Kokurikulum yang berlangsung di SMK JITRA telah mendapat sambutan daripada warga sekolah dan orang ramai. Hari tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Aminuddin bin Omar. Pelbagai gerai jualan yang diuruskan oleh murid-murid SMK Jitra seperti gerai makanan dan minuman serta jualan kain baju terpakai. Setiap urus niaga melibatkan kupon yang dijual oleh pihak sekolah. Terdapat juga aktiviti menarik yang dianjurkan seperti cabutan bertuah, jualan buku dan derma darah. Selain itu, pertandingan bola sepak 7 sebelah, bola tampar dan bola keranjang telah diadakan di sekitar padang sekolah.
Aktiviti senamrobik yang diadakan pada awal pagi 



Gerai jualan yang terdapat pada hari tersebut

Warga SMK Jitra mengharapkan sambutan ini diadakan lagi pada tahun berikutnya. 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2024

 [ 05/11/2024 ] Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Pingat yang diperoleh: *Pingat gangsa* ...