Tuesday, 31 October 2017
SELAMAT DATANG CIKGU - NABIL
31.10.2017 - Satu majlis telah diadakan untuk menyambut ketibaan pengetua baru SMK Jitra, Encik Osman bin Noor. Beliau hadir ke SMK Jitra tepat pada jam 1 tengah hari. Encik Osman disambut meriah oleh guru-guru yang terlibat. Encik Osman juga merupakan bekas pengetua SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya, Encik Osman bukanlah 'orang baru' di mata warga SMK Jitra kerana beliau pernah menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) beberapa tahun lalu. Dalam ucapannya, beliau menceritakan nostalgia-nostalgia yang masih kekal dalam ingatannya lebih-lebih lagi semasa SMK Jitra dilanda banjir. Beliau juga mengharapkan agar dapat bekerjasama dengan para guru dan dapat menerima tunjuk ajar daripada mereka. Majlis sambutan tersebut disudahi dengan acara memotong pulut kuning dan jamuan makan. Akhir kata, selamat datang ke SMK Jitra kami ucapkan dan semoga dengan kehadiran cikgu SMK Jitra akan mencapai kecemerlangan dalam semua lapangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...



No comments:
Post a Comment