Saturday, 24 February 2018

KEMBARA PENGAKAP SELATAN 2018 - ADAM

24/2/18 - Pada pagi ini telah diadakan Kembara Pengakap Selatan 2018 yang bertempat di SMK Khir Johari, Sungai Petani. Seramai 37 orang ahli pengakap SMK Jitra telah menyertai kembara ini. Pn Nor Hafiza dan Pn Nor Rahimah merupakan guru pengiring mereka. Sekitar pukul 8.30 pagi mereka tiba di tempat tersebut dan memulakan aktiviti. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu, permainan rakyat, kembara pengakap, ikatan simpul tali, radio amateur, memanah, karaoke, kuih traditional, pameran pengakap, Messenger Of Peace (MOP), pentas utama, dan tebus makanan. Sejurus selesai aktiviti ahli -  ahli pengakap SMK Jitra telah mendapat sijil peringkat kebangsaan. Majlis ini berakhir pada pukul 5.30 petang.
Sekian Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD 2025

 [17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...