Friday, 9 February 2018

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH - AIDIL

  • 8/2/2018 - Baru-baru ini, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di SMK JITRA. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Majlis ini bermula pada jam 2.30 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustazah Azlina Binti Ariffin. Tujuan majlis ini diadakan untuk melahirkan para asatizah di bumi SMK Jitra. Ramai pelajar yang mengambil bahagian dalam majlis ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan antaranya adalah syarahan, nasyid, hafazan Al-Quran dan Tilawah Al-Quran. Acara syarahan dan nasyid diadakan di Dewan Ibnu Sina manakala acara hafazan dan tilawah Al-Quran diadakan di surau SMK JITRA. Penyampaian sijil akan diberikan pada perhimpunan rasmi minggu hadapan.



No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA TAHUN 2025

 [ 25 Mei 2025 ] Ahad, SMK Jitra mengadakan sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah. Sambutan tersebut diadakan di Mini Stadium SMK Jitra....