Tuesday, 6 March 2018

KEPUTUSAN STPM SMK JITRA 2018 - NABIL

6.3.2018 - Keputusan STPM 2017 secara rasminya telah diumumkan pada 6 Mac 2018. SMK Jitra telah dipilih untuk menjadi tempat keputusan STPM diumumkan dalam negeri Kedah. Dengan Gred Purata Sekolah 3.23, SMK Jitra menjadi  sekolah terbaik dalam STPM 2017 negeri Kedah. 3 orang pelajar dari SMK Jitra memperoleh CGPA 4.0 iaitu :

  • Chew Ee Ruu
  • Nur Farahani binti Mohd Khairi
  • Nur Imani Rashadah binti Razak
Pihak buletin mewakili pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Jitra ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan STPM hari ini dan kami berdoa agar pelajar-pelajar tersebut berjaya dalam usaha menimba ilmu di menara gading.

Encik Rushdan bersama guru Tingkatan 6 SMK Jitra.


No comments:

Post a Comment

ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2025

19 JUN 2025 Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan bagi tahun 2025 telah diadakan di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan pada ha...