Thursday, 3 May 2018

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT UNIFORM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2018- ADAM

3/5/18 - Pada tarikh 2 dan 3 Mei 2018, satu pertandingan kawad kaki unit uniform peringkat daerah Kubang Pasu telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu (PPD). Pasukan badan uniform Smk Jitra seperti Pengakap L & P, Kadet Remaja Sekolah Puteri, dan Kadet Polis Wanita telah bertanding dalam pertandingan ini. Sebelum pertandingan ini berlangsung pasukan-pasukan ini telah berlatih dengan bersungguh sungguh sehingga membuahkan hasil kejayaan yang bagus. Berikut merupakan kejayaan yang diperoleh daripada pasukan badan uniform Smk Jitra ;


  • NGO PUTERA :- Pengakap Smk Jitra - ( Naib Johan )
  • NGO PUTERI :- Pengakap Smk Jitra - ( Tempat Ketiga )
  • GO PUTERI :- Kadet Polis Wanita Smk Jitra - ( Johan )
  • KRS PUTERI :- Kadet Remaja Sekolah Smk Jitra - ( Tempat Ketiga )
  • KETUA PLATUN TERBAIK - Muhammad Isyraf Bin Ismail ( Pengakap )

Tahniah diucapakan kepada semua pasukan kerana telah mengharumkan nama Smk Jitra

"SMJ BEAT THE LIMIT"









No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2024

 [ 05/11/2024 ] Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Pingat yang diperoleh: *Pingat gangsa* ...