30.9.2018 - Satu program restu guru telah diadakan di SMK Jitra. Program ini diadakan khususnya untuk calon-calon PT3 2018 pada pukul 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya taklimat PT3 oleh Puan Sa'adiah binti Ani selaku setiausaha PT3. Kemudian, Pengetua SMK Jitra, Encik Osman bin Noor menyampaikan sepatah dua kata kepada calon-calon. Acara restu guru dijalankan sejurus selepas itu untuk memohon restu dan maaf daripada guru-guru supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan PT3. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan penyusunan kerusi dan meja di Dewan Ibnu Sina sebagai persediaan PT3 keesokan harinya.
Akhir kata, pihak buletin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PT3 2018.
Sunday, 30 September 2018
RESTU GURU PT3 2018 - NABIL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN KAWAB KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2025
25 JUN 2025 Pada hari Rabu yang lalu, telah diadakan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun 202...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
No comments:
Post a Comment