21/11/18 - Pihak sekolah telah mengadakan perkhemahan perdana antara unit beruniform pada 15 hingga 17 November yang lalu. Perkhemahan ini diadakan di Pavilion SMK JITRA. Program ini diadakan untuk melatih para pelajar supaya sentiasa berdisiplin dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, perkhemahan ini juga menganjurkan pelbagai aktiviti yang menguji fizikal dan mental para pelajar seperti tarik tali dan kawad kaki. Tidak terlepas juga aktiviti yang melibatkan kerjasama seperti melakukan sorakan, nasyid, memasak dan orientering. Melalui perkhemahan ini juga para pelajar dapat hidup berdikari berbanding di rumah. Penutupan perkhemahan ini dirasmikan oleh Setiausaha Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Encik Syamsuri. Diharapkan perkhemahan seperti ini dapat diadakan pada tahun hadapan kerana dapat membina kekuatan fizikal dan mental para pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Pada 3 Ogos hingga 5 Ogos 2023 yang lalu telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSK. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil - wakil pela...
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
Pada 18 Julai 2024 hingga 20 Julai 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Ping Pong peringkat MSSK Negeri Kedah. Pertandingan ini di...


No comments:
Post a Comment