Dalam perlawanan itu juga, Tuan Pengetua, En. Osman bin Nor telah turut sama hadir bagi memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. Ternyata kehadiran beliau telah membantu menaikkan dan merancakkan semangat pemain-pemain bagi mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain pasukan bola jaring yang telah bertungkus lumus mengharumkan nama sekolah. Pihak buletin mengharapkan agar lebih banyak kejayaan yang dapat diraih dalam permainan bola jaring.
'SMJ - BEAT THE LIMIT'
No comments:
Post a Comment