Monday 25 January 2021

PROGRAM PLASTIC TIDE TURNERS CHALLENGE BADGE 2020 - RAHIMAN

 

-Program Plastic Tide Turners Challenge Badge 2020 menganjurkan sebuah aktiviti yang dapat membantu masyarakat dalam menangani isu pencemaran plastik. Sebagai peserta, salah seorang wakil dari SMK Jitra telah menyertainya dengan  menghasilkan  artikel berkenaan Kelab Alam Sekitar yang menjadi inisiatif dalam memelihara keindahan hidupan persekitaran. 
                           

Nurul Zarifah Binti Idrus                                                     
Kelab Alam Sekitar                                               
#cleanseas
#pttbc2020

Pada era globalisasi kini, masyarakat sering diuarkan dengan isu pencemaran plastik yang berleluasa.

Namun begitu, kurang jalan penyelesaian yang disokong oleh pihak masyarakat sendiri kerana kurangnya kesedaran dalam mengambil berat isu berbahaya ini. Masyarakat perlu ditingkatkan lagi sikap ambil berat mereka terhadap alam sekitar kerana ini akan memberi impak besar terhadap bumi  dan juga penduduknya sendiri.

 Sebagai seorang remaja , inisiatif yang dapat saya bentangkan sesuai dengan keadaan diri saya adalah dengan penubuhan kelab alam sekitar pada peringkat sekolah                               

Penubuhan kelab alam sekitar ini diharapkan supaya mendapat banyak sokongan dari orang sekeliling agar suara saya dalam mencegah isu pencemaran plastik dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya isu pencemaran plastik ini.

 Kelab alam sekitar merupakan gerakan saya bagi membasmi isu pencemaran plastik yang dikatakan dapat membunuh keindahan alam sekitar pada waktu kini. Saya dan ahli-ahli yang lain mengerahkan pelbagai cara untuk menjadi salah satu penyumbang kepada keindahan alam sekitar pada masa akan datang. Banyak aktiviti aktiviti bersifat alam sekitar yang dilaksanakan dan kebanyakannya adalah sesuatu aktiviti yang baharu dan menarik sesuai dengan trend terkini.

 Kelab alam sekitar bukan sesuatu yang membosankan jika dikendalikan dengan pemikiran yang kreatif dan mengikut arus masa kini. Pelbagai cara dapat dijana bagi menjadikan kelab ini sebuah kelab yang akan dibangga dan direbutkan mengikut tindakan yang betul sesuai dengan objektif menyelamatkan alam sekitar.

 

#cleanseas
#cleanseas
#pttbc2020

No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...