Thursday 26 May 2022

KEJOHANAN MERENTAS ALAM SMK JITRA 2022

 14 MEI 2022

Kejohanan Merentas Alam Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah berlangsung setelah 2 tahun suasana ini tidak dapat dirasai oleh para pelajar dan guru-guru. Seawal 7:45 pagi para pelajar telah berkumpul di Mini Stadium bagi melakukan aktiviti memanaskan badan bersama bimbingan guru sukan iaitu  Cikgu Rozaimi dan Cikgu Aniq. Kategori yang dipertandingkan adalah bawah 15P, bawah 15L, bawah 18P, bawah 18L dan kategori Pra Universiti (L) dan (P). 




Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang bagi setiap kategori dan usaha keras yang diberikan. Setiap pelajar yang mendapat tempat ke-5 dan ke atas akan dipilih untuk mewakili ke Kejohanan Merentas Alam peringkat MSSD bagi tahun 2022. Diharapkan semua pelajar yang terpilih dapat berlatih bersungguh-sungguh bagi mengekalkan stamina yang merupakan aspek terpenting dalam sukan larian jarak jauh. Teruskan semangat dalam bidang sukan larian jarak jauh ini dan semoga beroleh kejayaan pada peringkat seterusnya.

PEMENANG KATEGORI BAWAH 15L

PEMENANG KATEGORI BAWAH 15P

PEMENANG KATEGORI BAWAH 18L

PEMENANG KATEGORI BAWAH 18P

PEMENANG KATEGORI PRA-UNIVERSITI (L)

PEMENANG KATEGORI PRA- UNIVERSITI (P)



WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH














No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...