Friday, 15 July 2022

BOLA JARING TINGKATAN 6

 29 JUN 2022

Berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring Tingkatan 6 anjuran Kelab Bola Jaring Tingkatan 6 yang dikelolakan oleh Guru Penasihat Kelab iaitu Cikgu Aznim.

Pertandingan dimulakan seawal 2.30 petang di Mini Stadium SMK Jitra sehingga 4.40 petang. Pertandingan yang melibatkan 4 kumpulan telah dimenangi oleh Kumpulan 1 yang diketuai oleh Nur Shatirah Al-Nujma dan diikuti Naib Johan Kumpulan 4, tempat ke-3 Kumpulan 3 dan tempat ke-4 Kumpulan 2.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 6 yang terlibat dalam Pertandingan Bola Jaring Tingkatan 6 dan para pemenang. Teruskan bergiat aktif dalam sukan dan pastikan pencapaian akademik diutamakan.

- SMJ BEAT THE LIMIT -




WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH


No comments:

Post a Comment

KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA 2025

 5 OGOS 2025 Pada hari Selasa yang lalu, SMK Jitra telah sertai Karnival Seni dan Sukan Asrama bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025....