Friday 15 July 2022

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2022

 6 JULAI 2022

Berlangsung Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Daerah Kubang Pasu bagi tahun 2022 yang bertempat di D'FUTSAL CENTRE, Titi Gajah pada 5-6 Julai.

SMK JITRA telah berjaya merangkul Johan bagi kategori bawah 15P dan tempat ke-3 bagi kategori 18P.

Tahniah buat para atlet sekolah yang telah memberi berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan komitmen yang tinggi bagi sukan bola jaring SMK JITRA. Dapat dilihat kesungguhan para atlet dengan menghadiri sesi latihan pada setiap petang sebelum berlangsungnya kejohanan. Usaha yang diberikan oleh para atlet akhirnya telah membuahkan hasil. Ribuan terima kasih juga pihak SMK JITRA ucapkan buat para guru-gur yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung.

Tahniah buat atlet bola jaring SMK JITRA kategori 15P, Kyrienna Maisara Binti Khairulnizam yang dinobatkan anugerah sebagai pemain terbaik keseluruhan. 

SENARAI GURU TERLIBAT :

1. ISMAJUHANA BT CHE ISMAIL (PENGERUSI B18)

2. RUZITA BT MUHAMMAD (JURULATIH B18)

3. NOOR LAILI BT MOHAMMAD ELIAS (PENGURUS B15)

4. NURSHILLA MT BD NOOR (JURULATIH B15)

5. MUNIRAH BT MOKHTAR (FISIOTERAPI B15)

6. AZIZAH BT OTHMAN (FISIOTERAPI B18)


- SMJ BEAT THE LIMIT -


JOHAN (KATEGORI 15P)


TEMPAT KE-3 (KATEGORI 18P)


PEMAIN TERBAIK KESELURUHAN (KATEGORI 15P)
KYRIENNA MAISARA BINTI KHAIRULNIZAM





WARTAWAN BUELTIN: WAN NUR HAKIMAH







No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...