Saturday 10 September 2022

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD 2022 - DINI

 

18-21 Julai 2022 - Telah diadakan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra selama 4 hari bermula 18 Julai 2022 sehingga 21 Julai 2022.

Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) 2022 melibatkan 7 buah Sekolah Rendah dan 12 buah Sekolah Menengah dari seluruh daerah untuk merebut gelaran Juara Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah peringkat Daerah Kubang Pasu dan seterusnya bertanding di peringkat Negeri Kedah.

Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari beruturut turut ini telah menunjukkan kekuatan pasukan Bola Tampar setiap sekolah dan sekali gus berjaya mencungkil bakat para atlet yang terlibat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) 2022.

Berikut merupakan senarai keputusan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah(MSSD) 2022:

18 Tahun Lelaki

1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) Kubang Pasu.

2. Sekolah Menengah Agama Nurul Islam

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu

 

18 Tahun Perempuan

1.  Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra

3. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior

 

12 Tahun Lelaki

1. Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

2. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok

3. Sekolah Kebangsaan Binjal dan Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara

 

12 Tahun Perempuan

1. Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

2. Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam

3. Sekolah Kebangsaan Tunjang dan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga















 

 

No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...