Saturday, 24 September 2022

PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK PERINGKAT ANTARABANGSA

24 SEPTEMBER 2022 

     Seorang pelajar kita telah menyertai pertandingan menulis sajak peringkat antarabangsa yang telah dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. Farah Ainin Sofiya pelajar tingkatan 4 Pearl yang menyertai pertandingan itu telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan menulis sajak peringkat antarabangsa tersebut. 

     Kejayaan Farah Ainin Sofiya dalam pertandingan tersebut telah mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Pihak sekolah mengharapkan Farah Ainin Sofiya dapat berusaha dengan lebih keras lagi dan terus mengharumkan nama sekolah untuk masa yang akan datang.
" No matter how hard or how impossible it is, never lose sight of your goal "
Wartawan buletin : Nu'rief Nashran 

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....