Monday 16 January 2023

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CIKGU RAJA

 [14/12/2022]  Pada 14/12/2022 yang lalu, Yang Mulia Cikgu Raja Saripah bt Raja Ismail telah meninggalkan  SMK Jitra dan telah menjalankan tugas sebagai pengetua di SMK Sanglang. Cikgu Raja akan cuba untuk mengutip pengalaman pengurusan oleh 11 orang pengetua yang hebat sebelum ini sebagai pedoman.


                       Cikgu Raja sudah berkhidmat di SMK Jitra selama 28 tahun iaitu bermula dari tahun 1993 sehingga ke saat ini. Jasa baik dan kerjasama yang telah diberikan oleh Cikgu Raja sepanjang berada di SMK Jitra amatlah dihargai oleh semua warga SMK Jitra. Terlalu banyak kenangan manis yang dapat diingati oleh kami warga SMK Jitra dan kehilangan Cikgu Raja ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kami semua.


                        Semoga Allah membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh Cikgu Raja dan semoga Allah merahmati perjalanan Cikgu Raja di SMK Sanglang tersebut. Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Raja atas jasa dan pengorbanan Cikgu Raja sepanjang berada di SMK Jitra.

Semoga Cikgu Raja sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.




Wartawan buletin : Nu'rief Nashran 

                        

No comments:

Post a Comment

Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level 2024

[ 12/9/2024 ] Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level telah diadakan di Auditorium Perbada...