[ 25 Mei 2025 ]
Ahad, SMK Jitra mengadakan sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah. Sambutan tersebut diadakan di Mini Stadium SMK Jitra. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut seperti persembahan daripada guru-guru di SMK Jitra , sukaneka kepada guru-guru yang disediakan oleh guru praktikal , persembahan senamrobik dan banyak lagi. Tujuan aktiviti-aktiviti berkenaan tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara guru-guru malah staff dan juga pelajar SMK Jitra. Misalnya, dapat menunjukkan perasaan sayang dan kasih antara guru dan juga pelajar. Tema Hari Guru bagi tahun 2025 adalah “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di SMK Jitra di atas jasa dan pengorbanan masa yang telah diberikan dalam mendidik kami para pelajar bagi menjadi insan yang bermakna pada masa akan datang.
Keliling kota membeli mangga,
Tidak lupa memakai pedati,
Doa terbaik untuk mantiga,
Terucap tulus di dalam hati.
"SMJ BEAT THE LIMIT"
No comments:
Post a Comment