10 OGOS 2025
Pada hari Ahad yang lalu, SMK Jitra telah melancarkan satu program yang berada di bawah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah iaitu Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kembara Jalur Gemilang bagi peringkat Negeri Kedah tahun 2025. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Ibnu Sinar, SMK Jitra. Dalam itu juga, SMK Jitra telah menerima kedatangan tetamu VVIP iaitu Yang Berbahagia Dato Seri Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementeri Komunikasi dan kunjungan daripada tetamu VIP iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Agensi yang membuat pameran semasa majlis tersebut berlangsung. Tamabahan lagi, majlis tersebut juga telah menerima rombongan daripada 30 buah motosikal besar, 30-50 buah kereta dan 6-10 buah van/lori daripada agensi pameran yang terlibat.
"SMJ BEAT THE LIMIT"
No comments:
Post a Comment