Showing posts with label A) GALERI 2019. Show all posts
Showing posts with label A) GALERI 2019. Show all posts

Sunday, 18 August 2019

PROGRAM KEMBARA MERDEKA 2019 - FIFFI

18 Ogos 2019- Kelab Malaysiaku SMK JITRA  telah terlibat dalam Program Kembara Merdeka Peringkat Daerah di SMK Pulau Nyior. 
Tahniah diucapkan kepada Nur Fatin Amira bt Muhd khozali, johan daerah kategori kad kreatif dan Nur Shazielawati bt Johari, naib johan pertandingan bola beracun.











Friday, 9 August 2019

SUKTEN 2019 - IMAN

8 Ogos 2019 - Satu Karnival Sukan Tingkatan 6 (SUKTEN) Daerah Kubang Pasu telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun. Semua pelajar tingkatan 6 dari SMK Jitra telah menyertai karnival tersebut. Pelajar tingkatan 6 juga turut melibatkan diri dalam pertandingan sukan yang telah dianjurkan iaitu bola jaring, badminton, ping pong, petanque dan futsal. Dalam pertandingan tersebut pelajar tingkatan 6 telah memperoleh beberapa kemenangan. Antara kemenangan yang diperoleh adalah:


Pasukan badminton beregu (P) telah meraih gelaran juara.
1. Lim Hui Lin
2. Chiang Yan

Pasukan petanque ( L ) telah meraih tempat kedua.
1. Amirul Faiz Bin Taufet Rosdi
2. Muhammad Syabil Irfan Bin Osman
3. Muhammad Hilmansufi Bin Hadafi

Pasukan futsal telah meraih tempat kedua.
1. Muhammad Zuhair bin Ahmad Sulehuddin
2. Ahmad Muhaimin bin Abdul Aziz
3. Wan Muhammad Uwais Qorni bin Wan Khairul Asri
4. Muhammad Azwar bin Rozaini
5. Farhan Hakimi bin Mohd Zuhori
6. Amirul Hakimi bin Ahmad

Pasukan bola jaring telah meraih tempat ketiga.
1. Fatin Irdina binti Abd Malik
2. Nur Shazwani binti Shahidan
3. Hani Zahirah Zaheruddin
4. Nurul Fitriah binti Md Akhir
5.  Fatin Anis Addriena binti Mazlan
6. Nurul Idzati binti Zahidan
7. Awatif binti Abdull Rahman
8. Annshalita
9. Nur Syafiqah binti Supian
10. Nur Farisha Husna binti Ahmad Sukri
11. Nurin Fatihah binti Zulkifli
12. Siti Aisyah binti Zulkifli

Tahniah diucapkan kepada pasukan dari SMK Jitra yang telah memperoleh kemenangan tersebut .







Sunday, 28 July 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA LUAR MUSIM SIRKIT PERTAMA MSSD KP - SARAH

27 Julai 2019- Pada hari Sabtu yang lalu, telah diadakan Kejohanan Olahraga Luar Musim Sirkit Pertama MSSD KP. Pasukan SMK Jitra telah meraih dua emas dan dua perak. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kejohanan ini.


KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON UTARA - SARAH

27 Julai 2019- Kejohanan bola tampar zon utara telah diadakan pada 27 Julai 2019, antara kemenangan yang telah diraih oleh pasukan bola tampar SMK Jitra adalah pasukan B16 Perempuan telah mendapat tempat ketiga, B16 Lelaki telah mendapat naib johan dan B16 (SMK Jitra JR) telah mendapat johan. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar SMK Jitra atas kemenangan tersebut.

Thursday, 25 July 2019

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN (BAHASA INGGERIS) - SARAH

21 Julai 2019- Pada tarikh 25 Julai 2019, Pasukan Debat (Bahasa Inggeris) SMK Jitra telah mewakili daerah Kubang Pasu dalam pertandingan bahas ala parlimen (Bahasa Inggeris) di peringkat negeri. Pasukan SMK Jitra telah mendapat naib johan, tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat. 

Nama-nama pelajar yang terlibat:
  1. Nur Natasha Aqilah bt Mohd Syazwan 
  2. Muhammad Adam Iqbal bin Mohamad Najib
  3. Muhammad Afifuddin bin Muhammad
  4. Nurin Qistina bt Nazrul
  5. Balumagendra Sree Ram a/l Munusamy





Monday, 22 July 2019

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG 2019 - FIFFI

21 Julai 2019- SMK Jitra telah mengadakan Majlis Anugerah Gemilang bagi meraikan para pelajar dan guru yang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran, kokurikulm dan kerjaya mereka . Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ir Amiruddin bin Hamzah merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra. Majlis ini dimeriahkan dengan sambutan Pasukan Kompang SMK jitra dan Pasukan Kawad Kaki KRS. Setelah ucapan perasmian selesai, majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan oleh para pelajar SMK jitra.

Jutaan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Terima kasih diucapkan kepada semua para tetamu utama, pengetua, guru - guru, serta para pelajar yang terlibat kerana sudi menghadiri Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini .

Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.



Ucapan perasmian Yang Berhormat Dato' Ir Amiruddin bin Hamzah
Guru-guru pembimbing yang cemerlang
Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018
Penerima-penerima Anugerah Kokurikulum

Friday, 19 July 2019

KEJOHANAN MEMANAH MSSK - FIFFI

19/7/2019 - Seorang pelajar Smk Jitra telah mewakili daerah Kubang Pasu kategori berpasukan bawah 15 tahun. Pasukan ini telah memperoleh tempat pertama dalam kejohanan memanah MSSK tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Nurul Amni diatas kemenangan ini.



Friday, 5 July 2019

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSK 2019 - NABIL

5.7.2019 - Tahniah diucapkan kepada 6 orang wakil daripada pasukan bola sepak SMK Jitra kerana telah menyertai kejohanan bola sepak MSSK 2019. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini telah diadakan di SMK Kuala Pegang dan SMK Syed Abu Bakar. 5 daripada 6 orang pemain adalah daripada pasukan bawah 15 tahun manakala seorang pemain adalah daripada pasukan bawah 18 tahun. Nama-nama pemain yang terlibat disenaraikan di bawah:

Bawah 18 tahun
1. Putera Aliff Haikal bin Zainorin

Bawah 15 tahun
1. Muhammad Hafiy bin Hamdan
2. Muhammad Akmal Farhan bin Md Rusli
3. Muhammad Alif Hakimi bin Suhardi
4. Muhammad Daniel Irfan bin Abdul Ghani
5. Muhammad Aqil Syahmi bin Azizan

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pemain-pemain kerana telah menaikkan nama SMK Jitra.





Thursday, 4 July 2019

PROGRAM DEKLAMASI PUISI KATEGORI SAJAK



3 JULAI 2019 - Tahniah diucapkan kepada Nik Ilya Suhana Binti Nik Azmi (SMK JITRA) yang telah mendapat Tempat Ketiga dalam Kategori Sajak

Friday, 28 June 2019

KEJOHANAN BOLA TAMPAR B16 & B14 - IMAN

22/6/19 - Kejohanan bola tampar B14 & B16 Pialan Best Point anjuran ppd Kulim Bandar Baharu 2019 telah diadakan. Antara kemenangan yang diperoleh iaitu B16 SMK Jitra B telah mendapat johan dan SMK Jitra A telah mendapat tempat ketiga manakala B14 SMK Jitra telah memperoleh tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar SMK Jitra.






Thursday, 20 June 2019

JOHAN KALIMATUS SOBAH - Anne



20/6/19-Nur Husnina Athirah dari 4 Opal dan Izyan Rushda dari 3 Ikram telah mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dalam Pertandingan Kalimatus Sobah, peringkat daerah bertempat di SM Sains Kubang Pasu. Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya mengharumkan nama sekolah setelah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN kategori menengah atas serta memenangi tempat Ke-3.

19/6/19-  Baru-baru ini Karnival Bahasa telah diadakan di SMK Bandar Baru Sintok, beberapa orang pelajar kita telah mewakili beberapa pertandingan yang diadakan. Pihak sekolah, dengan itu memberi sepenuh penghargaan kepada Ahmad Danial bin Ahmad Faizal kerana mendapat JOHAN Public speaking, Zarith Sofia Bt. Mohammad Shaker dan Nur Nabila Bt. Hassan merangkul JOHAN Poetry Recitation tidak lupa juga Batriesya Irdina Bt. Khairul Hezal yang mana JOHAN pidato Bahasa Melayu .

Wednesday, 19 June 2019

SAMBUTAN HARI RAYA 2019 - IMAN

19/6/19 - Semua warga SMK Jitra telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Sambutan Hari Raya tersebut disambut  meriah oleh semua guru dan pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga pra universiti. Majlis ini bermula pada jam 10.25 pagi dan berakhir pada jam 1.25 petang bagi sesi pagi manakala sesi petang pula diadakan pada jam 3.30 petang sehingga jam 6.30 petang Pelbagai juadah dan kuih - muih telah disediakan oleh para pelajar. Bersempena sambutan ini, warga buletin SMK Jitra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.










Tuesday, 11 June 2019

KEJOHANAN WUSHU REMAJA NEGERI KEDAH 2019 - Adam

30~31/5/19 - Kejohanan Wushu Remaja peringkat Negeri Kedah 2019 telah diadakan di SJKC Keat Hwa, Alor setar. Kejohanan ini disertai oleh pasukan Wushu Smk Jitra. Pasukan ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah Smk Jitra dengan mencapai keputusan yang cemerlang dalam kejohanan tersebut. Keseluruhannya, pasukan wushu Smk Jitra telah berjaya dengan mengumpul 7 pingat emas, 6 pingat perak, dan 9 pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada pasukan wushu Smk Jitra kerana telah menyertai kejohanan ini dengan jayanya. Syabas diucapkan

SMJ BEAT THE LIMIT







Saturday, 25 May 2019

Selamat Bersara Guruku

23 Mei 2019- Dua orang adiguru SMK Jitra telah meletakkan noktah pada perkhidmatan mereka di sekolah ini. Puan Noor Hayati bt. Ahmad dan Puan Hajar bt. Hanafiah sama - sama telah berkhidmat di sekolah ini dalam jarak masa yang lama. Apa yang lebih menarik, kedua-dua guru tersebut turut merupakan bekas pelajar SMK Jitra.
         Sememangnya khidmat bakti yang dicurahkan kedua-dua guru ini amat bermakna kepada pihak sekolah. Tiada yang dapat menggantikan jasa dan bakti mereka berdua. Semoga cikgu berdua diberikan kesihatan, keceriaan dan dalam perlindungan-Nya jua. Selamat bersara cikgu.





Tuesday, 21 May 2019

NAIB JOHAN MILIK KAMI

2 MEI 2019 -  Pasukan Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku akhirnya berjaya menggondol RM1500.00 apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kedah. Pertandingan ini disertai oleh 5 orang pelakon utama iaitu Muhammad Affiq Aiman, Nur Azmina Alya, Chung Ee Xuang, Mohd Fariz Ridhwan dan Nur Farra Izzelda.

               Pertandingan turut disertai oleh 9 orang pelajar sebagai penyedia prop dan peralatan. Pertandingan diadakan di SMK Sungai Layar, Sungai Petani. Semua peserta telah diaraikan di TH Hotel pada petang hari yang sama. Kejayaan ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada sekua kelab dan persatuan di SMK Jitra agar terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

               Syabas dan teruskan kecemerlangan. "SMKJ Beat The Limit".




           

PASUKAN PANTUN MASIH BERBISA

29 April 2019 - Pasukan pantun SMK Jitra telah memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Kubang Pasu. Pasukan yang disertai 5 puteri ini telah mara melepasi peringkat awal dan pusingan kedua namun bertembung dengan musuh tradisi menyebabkan pasukan sekolah akur sebagai tempat ketiga. Buletin SMK Jitra mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pemantun iaitu Muna, Nur Farishah Irwahyu, Ummu Habibah, Nur Miza Syafiqa,dan Nurain Syuhada. Tahniah untuk anda semua.



Thursday, 2 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA 2019 - FARIS

30/4/2019 - Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra pada tahun 2019. Sambutan ini melibatkan pelajar-pelajar sesi pagi dan sesi petang, Guru-guru, dan seluruh warga SMK Jitra.

Aktiviti yang turut diadakan ialah Persembahan Nasyid daripada kumpulan Voice4U, Persembahan mendeklamasikan sajak daripada para pelajar dan Pertandingan Sukaneka yang melibatkan guru dan pelajar dalam acara yang dipertandingkan.

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....