30 Mac 2014- SMK Jitra telah melancarkan Program 8S yang merupakan kempen bagi
memupuk semangat untuk memartabatkan amalan sopan santun dan terpuji. Antara 8S
tersebut ialah, Salam, Sayang, Segak, Segera, Sempuna, Sensitif, Senyum, dan
Sopan. Program ini dilancarkan oleh Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Jitra. Melalui pelancaran program ini, pihak sekolah berharap agar matlamat
utama untuk melahirkan insan berminda kelas pertama dapat dicapai. Pihak sekolah
yakin bahawa program ini dapat membentuk peribadi mulia para pelajar agar
menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
Selain itu, berikutan dengan Program 8S,
Program SMART pula dilaksanakan. Objektif pelaksanaan Program SMART ini
bertujuan untuk member ikan pengiktirafan secara berkala kepada para pelajar
yang memenuhi kriteria SMART yang telah ditetapkan. Antara kriteria tersebut
adalah daripada perkataan SMART itu sendiri iaitu:
S =
SOPAN M = MESRA A = AMANAH R = RAJIN
T = TERAMPIL
Mohammad
Izzudin, 4 Peridot berkata;
“
Saya berasa amat teruja apabila mengetahui akan mendapat anugerah SMART ini. Saya
percaya bahawa Program SMART merupakan cara yang bagus bagi menggalakkan pelajar untuk berkelakuan baik
semasa berada di sekolah supaya berpeluang untuk mendapat anugerah SMART”
Semoga
usaha murni ini mendapat kerjasama semua pihak demi merealisaikan visi dan misi
sekolah.
No comments:
Post a Comment