Wednesday 15 October 2014

HARI KOKURIKULUM DAN MALAM ANUGERAH KLUSTER KETERAMPILAN 2014

27 September 2014-  Semua warga SMK Jitra telah membanjiri Medan Ilmu bersempena Hari Kokurikulum. Pelbagai gerai jualan mula beroperasi pada awal pagi sehingga petang. Antara barangan yang dijual termasuklah makanan dan minuman, pelbagai aksesori wanita, dan pakaian.

Turut mengambil bahagian ialah institusi-institusi pengajian tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Cabutan bertuah memeriahkan suasana di samping pertandingan yang diadakan secara terbuka di kantin sekolah. Pertandingan yang paling menarik perhatian ialah Karaoke Nasyid dan Lagu-lagu Patriotik dan juga Pertandingan Memasak Tanpa Dapur.

Pada malam harinya pula diadakan majlis penyampaian anugerah kepada agensi. guru dan pelajar yang mempunyai pencapaian tertinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tarikh 27 September benar- benar meraikan sumbangan warga SMK Jitra dalam meningkatkan prestasi sekolah ke arah memartabatkan pendidikan bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA 2024

[ 16 Mei 2024 ] Khamis, SMKJitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 2024. Sambutan Hari Guru pada tahun ini di...