Tuesday, 19 March 2019

AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN KELAB MALAYSIAKU 2019 - ADAM

19/3/19 - Tepat pada pukul 2.30 petang seramai 53 pelajar tingkatan enam dan 12 pelajar tingkatan lima selaku ahli kelab Malaysiaku 2019 telah menyertai program Amalan Demokrasi Berparlimen di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra. Program ini telah dianjurkan Oleh Jabatan Penerangan Daerah Kubang Pasu. Pengarah Jabatan Penerangan Negeri iaitu Puan Nazirah Che Nazri bersama beberapa orang pegawai dari Jabatan Penerangan Daerah Kubang Pasu telah bertugas bagi menjayakan program ini. Program ini diteruskan dengan pertandingan "Jika aku seorang pentadbir negara". Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan dan perlu dibuat pembentangan berdasarkan idea-idea yang dikongsi bersama rakan sepasukan dan juga diselitkan dengan kuiz-kuiz yang berkaitan dengan program ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan individu yang pandai berkomunikasi, sifat bekerjasama dan juga mengetahui tentang sistem amalan demokrasi.

Pihak buletin berharap agar pihak Jabatan Penerangan dapat menganjurkan lagi program seperti ini pada masa hadapan bagi melahirkan pelajar yang bersahsiah dan mempunyai keyakinan diri.






No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2024

 [ 05/11/2024 ] Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Pingat yang diperoleh: *Pingat gangsa* ...