Wednesday 30 June 2021

PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMK JITRA - SUKAR DIGUGAT

 17 JUN 2021 - Gelaran johan bagi Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kubang Pasu kembali menjadi milik pasukan sekolah kita. Pertandingan ini diadakan secara maya memandangkan  masing-masing berada dalam  Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. 

Setelah melalui beberapa peringkat, akhirnya SMK Jitra muncul johan pertandingan dengan Kyrienna Maisara Bt. Khairulnizam muncul sebagai pembahas terbaik sebanyak tiga kali berturut- turut. Antara peserta lain sebagai rakan sepasukan ialah :

1. Nurisha Farina bt. Iskandar

2. Zarith Sofiya bt. Mohd Syaker

3. Farah Ainin Sifiya bt. Azizan

4. Nurul Firzanah Aqilah bt. Azhar

Tahniah kepada semua peserta, dan guru-guru pembimbing iaitu Cikgu Muhamad Nazri b. Abdullah dan Cikgu Salma bt. Ahmad. Syabas kepada anda semua.





No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...