Thursday 1 July 2021

STPM 2020; SMK JITRA SEKOLAH TERBAIK NEGERI KEDAH

 1.7.2021- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi sesi pengajian 2020 telah diumumkan pada hari ini. Seramai 40 orang calon berdaftar telah mengambil peperiksaan bagi 3 semester bermula tahun 2019. Semester pengajian juga dilanjutkan ke 2021 memandangkan  sesi persekolahan terpaksa dijalankan secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.  

    Kecemerlangan tetap terpahat apabila 5 orang pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat 4 sijil penuh (4 flat) iaitu:

1. Chan Peh Shan

2. Lim Hui Lin

3. Ku Nur Wafa Ain binti Ku Amran

4. Nur Atiqah binti Md Zaini

5. Nuruljannah binti Mat Rosdi

   SMK Jitra turut muncul sekolah terbaik negeri Kedah.  Peratus keseluruhan ialah 100% dengan PNGK sekolah ialah 3.44. Keputusan ini memberikan gambaran bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tahniah kepada semua calon STPM 2020 dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melakarkan kejayaan ini.


                                            
                                        SUASANA PEMBELAJARAN SEPANJANG SESI BERSEMUKA DIJALANKAN

No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...