Sunday 19 June 2022

KEJOHANAN MERENTAS ALAM 2022 DAERAH KUBANG PASU.

 16 JUN 2022

Berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2022 Peringkat Daerah Kubang Pasu yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sintok. Seramai 20 orang wakil atlet larian jarak jauh SMK JITRA telah dihantar bagi pertandingan sukan ini. Larian sepanjang 6KM dan 8KM yang memerlukan stamina yang tinggi serta kekuatan mental dan fizikal yang kuat bagi setiap kategori yang dipertandingkan telah berjaya disahut oleh para atlet dengan baik sekali. Para atlet telah melakukan beberapa sesi latihan di padang sekolah pada waktu petang sebelum tibanya 16 Jun 2022. Terima kasih kepada Cikgu Rozaimi sebaga jurulatih atlet  dibantu oleh Cikgu Syihan dan  Tec Syuhada serta guru-guru lain yang bertungkus lumus bersama atlet-atlet sepanjang persediaan ke pertandingan.

Johan Keseluruhan Kumpulan telah berjaya dirangkul oleh para atlet SMK JITRA bagi kategori B15P. Sekalung tahniah diucapkan kepada para atlet atas kerjasama berpasukan yang diberikan sepanjang 6KM larian sehingga berjaya membawa pulang kejayaan tersebut. 

Berikut merupakan senarai atlet dan kedudukan yang diperoleh bagi setiap kategori :

B18L

1. MUHAMMAD ALIF HAKIMI (24)

2. MOHD SYAHIN AWWADI (93)

3. MOHAMMAD HAFY (95)

4. MUHAMMAD DANIEL IRFAN (96)

5. PRADIBAN RAJA (97)

B18P

1. NUR MISYAEL (3)

2. NUR ALIAH ABDUL RASYID (15)

3. TAN PEI PEI (37)

4. JOANNE SEE JI EN (65)

5. ENGKU SOFEA ZULAIKHA (100)

B15L

1. MEGAT UBAIDIRRAHMAN (1)

2. MUHAMMAD AQIL (9)

3. DERRICK OOI JING LEE (28)

4. VISHA A/L GOPAL (43)

5. AIMAN MUADZ (71)

B15P

1. NUR ANESSA DAYANA (3)

2. YEAP ZHI YA (8)

3. YEAP SHI YI (15)

4. NUR AISYAH IRDINA (21)

5. NUR BALQIS (DNF)



JOHAN KUMPULAN KATEGORI B15P


Tahniah diucapkan kepada para atlet dan guru bimbingan yang telah mengharumkan nama sekolah ke Peringkat Daerah bagi Kejohanan Merentas Desa 2022. Kejayaan yang terhasil menunjukkan bahawa para atlet telah memberikan sepenuhnya komitmen semasa sesi latihan dan persediaan kejohanan.

Diharapkan agar semua atlet terus berusaha tanpa cepat mengalah  dan terus  menceburi bidang sukan larian jarak jauh ini pada masa akan datang. Teruskan berlatih dari sekarang agar stamina dan momentum larian anda dapat dikekalkan sehigga berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. 

- SMJ BEAT THE LIMIT -

WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH 

No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...