SELANGKAH KE MSSK !
3 daripada 20 atlet larian jarak jauh SMK JITRA telah berjaya menempatkan diri mereka ke Peringkat Negeri Kedah setelah berjaya mendapat tempat ke-3 teratas bagi setiap kategori di Peringkat Daerah Kubang Pasu bagi Kejohanan Merentas Alam 2022 yangberlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sintok pada 16 Jun 2022.
Tahniah diucapkan kepada para atlet yang berjaya ke peringkat seterusnya. Teruskan berlatih dengan gigih sepanjang minggu persediaan bersama atlet Kubang Pasu yang lain dan menguasai teknik larian jarak jauh sebanyak yang mungkin bersama barisan jurulatih daerah Kubang Pasu di samping menjaga kesihatan masing-masing. Teruskan mencabar diri anda dalam sukan ini kerana disiplin, stamina serta kekuatan mental dan fizikal yang tinggi merupakan aspek yang amat penting dalam sukan larian jarak jauh.
- SMJ BEAT THE LIMIT-
No comments:
Post a Comment