Sunday 19 June 2022

SPM PROMAX 04 2021, PENCETUS ERA KSSM !

 16 JUN 2022

Hari yang mendebarkan bagi kesemua pelajar di serata Malaysia kerana seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).

Calon SPM 2021  merupakan calon kohort pertama yang menggunakan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) iaitu satu format baharu dalam mata pelajaran. Pelaksanaan KSSM ini bertujuan menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Seawal jam 10.00 pagi, kelihatan segelintir calon SPM 2021 SMK JITRA telah berada di perkarangan sekolah dengan memakai pakaian formal. Kehadiran bersama ibu bapa dan waris calon telah memeriahkan lagi suasana penyerahan keputusan SPM. Majlis penyerahan telah berlangsung di Dewan Sri Jitra 1 yang menempatkan para calon, ibu bapa dan guru-guru.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil keputusan. Usah cepat mengalah bagi mereka yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan teruskan berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin di serata pelosok dunia kerana " Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu di antara kamu sekalian". (Q.S Al. Mujadilah:11).

TERUSKAN MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN,

TANPA BERPALING MENOLEH KE BELAKANG,

TERUS PERBAIKI NAWAITU DAN AZAM,

DALAM JIHAD ILMU AKHIR ZAMAN.


WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH






 

No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...