Wednesday 7 September 2022

KEJOHANAN TENNIS MSSK 2022

 5 AUGUST 2022

Berlangsungnya Kejohanan Tennis Majlis Sukan Sekolah Kedah di Universiri Utara Malaysia, UUM selama 2 hari iaitu dari  3 August sehingga 5 August 2022. 

Perkampungan selama 2 hari ini bukanlah berlalu begitu sahaja namun barisan atlet SMK JITRA telah berjaya merangkul beberapa pingat sepanjang Kejohanan Tennis MSSK berlangsung dan berjaya menaikkan nama Kubang Pasu selaku Johan Keseluruhan MSSK bagi tahun 2022. 

Berikut merupakan senarai nama atlet tennis SMK JITRA serta kemenangan yang diperolehi :

1. PRANAV A/L CHANDRAKHANTAN ( 2 CEMERLANG) - 1 EMAS DAN 1 PERAK

2. YEAP ZHI YA (3 CEMERLANG) - 1 PERAK DAN TEMPAT KE- 4

Tahniah dan Syabas buat barisan atlet SMK JITRA dan barisan guru-guru serta jurulatih atas komitmen dan usaha jitu anda yang akhirnya berjaya merangkul pingat dan mengharumkan nama sekolah serta nama daerah di Kejohanan Tennis MSSK 2022.

Diharapakan para atlet terus menceburi dan menaruh sepenuhnya komitmen dan tenaga dalam sukan tennis ini sehingga anda berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Kekalkan berlatih dan terus  menguasai ilmu dan kemahiran dunia sukan tennis di usia muda anda kerana usaha yang berterusan akan mencipta kejayaan buat empunya badan.

" EFFORT DOESN'T BETRAY US "

- SMJ BEAT THE LIMIT -







WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH




No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...