Wednesday 7 September 2022

DARSHAN , AMATUR CATUR SMK JITRA MERAIH JOHAN DI MSSK 2022

 31 JULAI 2022

Kejohanan Catur  Peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Kedah yang bertempat di SMKA Sik, Baling Kedah telah menjadi hari kemenangan bagi Amatur Catur SMK JITRA iaitu Darshan . 

Darshan telah berjaya membawa pulang pingat Johan bagi kategori bawah 15L dalam Kejohanan Catur MSSK 2022.

Tahniah dan Syabas kami warga SMK JITRA ucapkan atas kemenangan yang telah barisan atlet catur sekolah berikan dan komitmen para atlet serta guru-guru yang terlibat dalam Kejohanan Catur MSSK  ini. Teruskan usaha dan minat para atlet dalam kejohanan seterusnya dan terus merebut gelaran Juara pada masa akan datang !

"Berpikir kritis adalah faktor terpenting dalam catur.

Seperti dalam hidup, kamu perlu berpikir sebelum membuat keputusan." - Hikaru Nakamura


Berikut merupakan senarai nama bagi barisan catur SMK JITRA dalam Kejohanan Catur MSSK 2022 :

1. DARSHAN - JOHAN (15L)

2. ARISSA - TEMPAT KE- 18 (15P)

3. NALLINI - TEMPAT KE- 17 (18P)

4. SYAHIRAH - TEMPAT KE - 23 (18P)



- SMJ BEAT THE LIMIT -

DARSHAN JOHAN (15L)







WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH



No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...