Wednesday 7 September 2022

KEMENANGAN KONTINJEN SMK JITRA DI PERARAKAN MAAL HIJRAH 1444H / 2022M

 6 AUGUST 2022

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " [ Ar-Ra'd : 11]

Berlangsungnya Program Sambutan Maal Hijrah 1444H/2022 Peringkat Daerah Kubang Pasu anjuran Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu yang bertempat di Masjid A'la, Jalan Kodiang , Pekan Jitra.

"KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN"

Perarakan sejauh 1.6 km telah disertai oleh barisan Kontinjen SMK Jitra yang merupakan sebahagian daripada 21 kontinjen yang turut sertai. Kehadiran SS Dato' Shaeikh Ahmad Faisol Omar dan Dato' Sheikh Abdullah Awang Sa sebagai panel forum khas telah menyerikan lagi majlis ini. 

Alhamdulillah, Kontinjen SMK Jitra telah merangkul tempat ke-3 bagi Kategori Terbuka Perarakan Maal Hijrah dan telah menerima sejumlah wang sebanyak RM 400.00. Kejayaan yang telah mereka kecapi ini bukanlah kemenangan yang datang begitu sahaja. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana waga SMK Jitra dapat melihat sendiri usaha barisan kontinjen ini beberapa hari sebelum penyertaan, usaha keras mereka berlatih di Mini Stadium ketika waktu pagi dan selepas tamatnya sesi persekolahan. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit serta komitmen yang diberikan oleh para pelajar dan guru-guru akhirnya telah memancarkan senyuman manis setelah berbagai lelah dihadapi.

Pihak guru yang terlibat mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan para pentadbir yang telah memberikan kepercayaan dan peluang kepada Kontinjen SMK Jitra. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada guru-guru SMK Jitra yang terlibat dalam meminjamkan aksesori dan peralatan bagi menjayakan perarakan ini :

1. Cg. Norehan (PPIM)

2. Cg. Nabillah (PBSM)

3. Cg. NorEdah (Kadet Polis)

4. Cg. Hanif (Bendera)

serta  semua yangbtelah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Sekalung Tahniah dan Syabas kami warga SMK Jitra ucapkan kepada barisan kontinjen SMK Jitra atas pencapaian yang amat memberangsangkan ini. Kerjasama dan kepercayaan yang digambarkan oleh pelbagai pihak SMK JITRA telah menunjukkan bahawa SMK JITRA mampu mewujudkan institusi pendidikan yang seiring dengan tema Maal Hijrah 1444H/2022M.


"SEMJEY BEAT THE LIMIT"


HADIAH BERNILAI RM400.00.









BARISAN GURU DAN PELAJAR SMK
JITRA YANG MENYERTAI PERARAKAN
MAAL HIJRAH ANJURAN PEJABAT AGAMA KEDAH.











WARTWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH




No comments:

Post a Comment

KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KUBANG PASU 2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, wakil pelajar SMK Jitra telah berjaya mendapat gelaran juara dalam Kuiz Bahasa Arab peringkat Kubang ...