Wednesday 10 May 2023

MAJLIS PERSARAAN CIKGU AIN

[30 Mac 2023] Pada 30 Mac 2023 yang lalu telah berlangsungnya majlis persaraan untuk Puan Nor'Ain Binti Sulaiman.

                         Setelah berbakti kepada SMK Jitra untuk satu tempoh yang lama, telah tiba masanya untuk Puan Nor'Ain menamatkan tempoh perkhidmatan di SMK Jitra. Seluruh warga SMK Jitra berasa hiba dengan pemergian Cikgu Nor'Ain. Seluruh warga SMK Jitra ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menaburkan bakti dan jasa yang begitu banyak sekali untuk SMK Jitra. Jasa baik Cikgu Nor'Ain akan sentiasa diingati oleh warga SMK Jitra.

                          Semoga Allah mengurniakan Cikgu Nor'Ain dengan rezeki yang melimpah-limpah dan juga dapat meluangkan masa yang berharga dengan keluarga tercinta. Semoga Allah membalas jasa Cikgu Nor'Ain dengan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini.

                          Pemergian Cikgu Nor'Ain meninggalkan kesan kepada seluruh warga SMK Jitra. Namun demikian, kami seluruh warga SMK Jitra sentiasa mendoakan Cikgu Nor'Ain kebahagiaan dan umur yang panjang.


Yang indah itu pertemuan,
Yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan dan
Yang tinggal hanyalah kenangan.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan;
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.








No comments:

Post a Comment

Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level 2024

[ 12/9/2024 ] Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level telah diadakan di Auditorium Perbada...