Sunday 7 May 2023

PERSARAAN CIKGU NABILAH DAN CIKGU HAJAR

Pada 3 Mei 2023, telah berlangsungnya majlis persaraan dua orang guru SMK Jitra iaitu persaraan Cikgu Nabilah binti Osman dan Cikgu Hajar binti Abdullah.

Terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan sepanjang tempoh mengajar. 
Jasa baik dan kerjasama yang telah diberikan oleh cikgu-cikgu sepanjang berada di SMK Jitra amatlah dihargai oleh semua warga SMK Jitra. 

Semoga Allah membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh Cikgu Nabilah dan Cikgu Hajar serta semoga Allah merahmati perjalanan cikgu-cikgu selepas bersara. Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nabilah dan Cikgu Hajar atas jasa dan pengorbanan  sepanjang berada di SMK Jitra.

Semua warga SMK Jitra sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada Cikgu Nabilah dan Cikgu Hajar yang telah bersara.  Semoga Cikgu Nabilah dan Cikgu Hajar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Dari Bintulu ke kota Kuching,
Hendak membeli raga rotan,
Perpindahan saudara doa diiring,
Jemput singgah bila berkesempatan

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan

Wartawan buletin : Azreen Nabilah 

 

No comments:

Post a Comment

Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level 2024

[ 12/9/2024 ] Pertandingan Akhir The American Interactive Public Speaking Competition Kedah State Level telah diadakan di Auditorium Perbada...