Showing posts with label JAN/'19. Show all posts
Showing posts with label JAN/'19. Show all posts

Thursday, 17 January 2019

PERTANDINGAN MERENTAS ALAM 2019 - NABIL

17.1.2019 - Pada 16 Januari, satu pertandingan merentas alam telah diadakan dengan jayanya di SMK Jitra. Pertandingan tersebut dimulai dengan satu taklimat tepat jam 3.00 petang. Guru yang bertugas memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Pelajar dilepaskan mengikut kategori iaitu 18L, 15L, 18P dan 15P pada pukul 3.30 petang. Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan semasa pertandingan dijalankan. Setelah selesai merentas alam dan menikmati makanan yang disediakan oleh setiap rumah sukan, semua pelajar dikehendaki berkumpul di Dewan Ibnu Sina tepat jam 5.00 petang untuk acara penyampaian hadiah. Hadiah diberikan kepada 20 orang pelajar yang terawal mengikut setiap kategori oleh barisan pentadbir sekolah. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada rumah sukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak:

1. Nilam - 363 markah
2. Delima - 350 markah
3. Baiduri - 347 markah
4. Mutiara - 316 markah
5. Zamrud - 277 markah




Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam pertandingan merentas alam 2019.
'SMJ - BEAT THE LIMIT'

MAJLIS KONSULTASI WARIS SPM KALI 1 - ADAM

16/1/19 - Tepat pada jam 11 tengah hari, seramai 80% kehadiran waris pelajar - pelajar SPM SMK Jitra yang hadir untuk menjayakan Majlis Konsultasi Waris SPM Kali 1. Majlis ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada waris tentang perkembangan anak - anak pelajar di sekolah dan juga tentang keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Pengetua SMK Jitra, En. Osman B. Noor memberikan ucapan  dan motivasi serta mengucapkan syabas kepada pelajar - pelajar yang berjaya.







Tuesday, 15 January 2019

ORIENTASI TINGKATAN 4 TAHUN 2019 - AIDIL

26/12/18 - Program orientasi tingkatan 4 bagi tahun 2019 telah diadakan pada 26 dan 27 Disember yang lalu. Peogram ini telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Program ini diselia oleh Puan Nor Edah Binti Muda serta guru-guru yang lain. Para pelajar diberi penerangan mengenai pemilihan pakej seperti subjek Geografi, Sains Komputer dan Prinsip Akaun oleh cikgu subjek masing-masing. Tujuan penerangan ini untuk memberikan sedikit pengetahuan kepada para pelajar berdasarkan pakej yang dipilih. Pada hari yang seterusnya, para pelajar diberi pendedahan mengenai subjek sains tulen dan subjek sains. Majlis penutupan orientasi  ini dirasmikan oleh pengetua SMK Jitra,Encik Osman Bin Nor.

PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 1 2019 - ADAM

24,26/12/18 - Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1 2019 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 8 pagi. Pengetua SMK Jitra, Encik Osman bin Noor telah memberikan ucapan kepada waris dan pelajar. Semua pelajar dan waris perlu bergerak ke bilik darjah blok Mutiara untuk pendaftaran pelajar di kelas masing - masing. Sepanjang ucapan pengetua SMK Jitra , beliau telah memberikan input berkenaan dengan budaya sekolah dan peraturan - peraturan sekolah dan memberikan pendedahan tentang konsep sekolah menengah bestari bagi melahirkan pelajar - pelajar SMK Jitra ke arah cinta akan sekolah dan dapat menjana kecemerlangan. Enrolmen pelajar Tingkatan 1 sehingga 15 Januari adalah seramai 156 orang,semoga para pelajar ini dapat meneruskan kecemerlangan pelajar SMK Jitra.  Pihak Buletin SMK Jitra berharap, bahawa para pelajar Tingkatan 1 dapat menjalani sesi pembelajaran di SMK Jitra dengan penuh semangat.

TAKLIMAT MERENTAS ALAM 2019 - ASMA

9/1/19 - Pada hari ini telah berlangsungnya Taklimat Merentas Alam bagi tahun 2019. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberitahu laluan yang akan digunakan oleh para pelajar pada 16 Januari ini iaitu Hari Merentas Alam SMK Jitra.Taklimat ini telah disampaikan oleh Cikgu Nizam. Beliau juga telah memberitahu beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar ketika menyertai aktiviti itu nanti. Merentas Alam ini akan bermula pada jam 3 petang. Diharapkan semua pelajar dapat menghadirkan diri dan dapat membantu untuk menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing masing. 

PROGRAM PEMANTAPAN ALGEBRA - ASMA

13-15/1/19 - Program Pemantapan Algebra telah diadakan oleh Panitia Matematik dan Matematik Tambahan SMK JITRA. Program ini adalah untuk para pelajar sesi pagi iaitu para pelajar Tingkatan 3 dan 4. Para pelajar Tingkatan 5 tidak terlibat kerana mengikuti Bengkel Kimia. Program Pemantapan Algebra ini bertujuan untuk membantu para pelajar yang belum menguasai algebra dan juga untuk sebagai latihan ulangkaji kepada para pelajar kerana algebra merupakan salah satu tajuk yang perlu dikuasai dan merupakan tajuk penting dalam peperiksaan. Diharapkan dengan wujudnya bengkel seperti ini, para pelajar dapat menghargai peluang yang diberi dan berusaha bersungguh - sungguh untuk belajar dan menguasai ilmu matematik.

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....