Saturday 10 November 2012

Selamat Bercuti!



Bissmillahirahmanirahim~!
    Cuti sekolah kembali lagi! Inilah yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar .Namun begitu semua pelajar diharap menjaga keselamatan dan jangan lupa menyiapkan kerja sekolah! Para guru telah menyediakan kerja sekolah pada musim cuti agar masa pelajar tidak dibuang begitu sahaja.


Tetapi kerja sekolah tersebut cukup sekadar ulangkaji untuk pelajaran tahun depan.Hal ini menyebabkan pelajar tidak disekat untuk pergi bercuti semata-mata untuk menyiapkan kerja sekolah yang begitu banyak.


Ibu bapa harus mengawasi pergerakan anak-anak dan sering berpesan supaya anak anda menyiapkan kerja sekolah demi kepentingan murid itu sendiri dan pihak sekolah.Ada juga ibu bapa yang mengambil langkah bijak untuk menghantar anak mereka ke tuisyen insentif,kelas fardhu ain,kem dan sebagainya bagi mengisi masa lapang.


Ada juga yang telah merancang untuk melancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.Tetapi ingat,apapun yan anda lakukan jaga keselamatan dan jangan lupa siapkan kerja rumah!

Selamat bercuti!!!!!!

Penyerahan Borang Alumra

 Bissmillahirahmanirahim~

Majlis yang dihadiri oleh Prof. Dato' (Insenior) Azhari Bin Mohd Salleh iaitu pengerusi Majlis Alumra Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra ialah satu upacara wajib.Melalui penyerahan borang ini,pihak sekolah  memberi peluang kepada bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra hadir semula ke tempat mereka mencari ilmu dahulu.

Kedatangan bekas pelajar amat dialu-alukan oleh warga SMKJ.Bukan itu sahaja,tidak salah bukan kita menghabiskan masa untuk berjumpa rakan lama dan melihat perkembangan sekolah kita dahulu. 

 Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat menimba ilmu ,mengasah bakat ,bermesra bermanja dan tempat berputik segala rasa dilupakan begitu sahaja.
Oleh itu,dengan majlis penyerahan borang Alumra ini diharap ramai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra hadir bagi memeriahkann majlis secara kecil-kecilan tersebut.

Restu Guru SPM

 Bissmillahirahmanirahim~

Seperti yang anda sedia maklum peperiksaan SPM telah berlangsung pada 6 November yang lalu.
Sudah pasti calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra sudah bersiap sedia dari segi ilmu yang telah mereka pelajari selama dua tahun di tingkatan 4 dan 5.Namun begitu semua ilmu tersebut tidak berkat jika tidak direstui guru.Oleh itu,majlis restu guru SPM telah dijalankan khas kepada mereka seminggu lebih awal.Bagi warga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra upacara ini sudah menjadi kemestian.

Saya sendiri tahu ada guru yang menjeruk rasa,memendam amarah,menyimpan lara terhadap perangai segelintir murid.Tetapi segala kehilafan diri ketelanjuran kata harap diamaafkan pada hari itu dengan perasaan rendah diri.

Saya pasti dengan berkat doa guru calon SPM,mereka mampu mencurahkan semua perkara yang telah mereka pelajari dengan baik diatas kertas peperiksaan.

Semoga semua calon SPM,Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dapat menjawab dengan jayanya!
 

Wednesday 7 November 2012

KEMENANGAN PENUTUP TAHUN 2012

21 Okt. 2012 - Karnival Jalur Lebar yang telah dianjurkan oleh PPD Kubang Pasu menjadi saksi kemenangan berganda SMK Jitra. Pertandingan Blog Pendidikan dijuarai oleh Buletin SMK Jitra manakala kita turut muncul johan bagi Pertandingan Memasang Komponen Komputer. Syabas buat putera dan puteri SMK Jitra yang membawa kejayaan penutup untuk sekolah kita bagi tahun ini.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....