Wednesday, 15 October 2014

217 CALON PT3 SMK JITRA MELANGKAH KE DEWAN

13 Oktober 2014 - Bukan sahaja menjadi sejarah kepada negara, malah menjadi sejarah peribadi kepada 217 orang calon PT3 sekolah kita telah terlibat dalam peperiksaan tersebut. Walaupun hanya ditadbir oleh pihak sekolah, namun segala prosedur peperiksaan awam dipatuhi oleh pihak sekolah.

Pada hari pertama, Bahasa Melayu menjadi kertas pembuka tirai PT3. Debaran disambung dengan mata pelajaran Matematik. Pelbagai ragam pelajar telah dirakamkan sebelum dan selepas menghadapi peperiksaan. Peperiksaan akan ditutup dengan mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab pada 16 Oktober 2014.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA 2025

 5 OGOS 2025 Pada hari Selasa yang lalu, SMK Jitra telah sertai Karnival Seni dan Sukan Asrama bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025....