27 September 2014- Semua warga SMK Jitra telah membanjiri Medan Ilmu bersempena Hari Kokurikulum. Pelbagai gerai jualan mula beroperasi pada awal pagi sehingga petang. Antara barangan yang dijual termasuklah makanan dan minuman, pelbagai aksesori wanita, dan pakaian.
Turut mengambil bahagian ialah institusi-institusi pengajian tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Cabutan bertuah memeriahkan suasana di samping pertandingan yang diadakan secara terbuka di kantin sekolah. Pertandingan yang paling menarik perhatian ialah Karaoke Nasyid dan Lagu-lagu Patriotik dan juga Pertandingan Memasak Tanpa Dapur.
Pada malam harinya pula diadakan majlis penyampaian anugerah kepada agensi. guru dan pelajar yang mempunyai pencapaian tertinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tarikh 27 September benar- benar meraikan sumbangan warga SMK Jitra dalam meningkatkan prestasi sekolah ke arah memartabatkan pendidikan bertaraf dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SCRABBLE COMPETITION 2025
[ 18 - 19 JUN 2025 ] Rabu dan Khamis yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Scrabble Competition bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
No comments:
Post a Comment