2 Feb 2015 – Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam.
Berdasarkan surat pekeliling tersebut,etika pemakaian murid tingkatan enam Aitelah
berubah.Dalam usaha melaksanakan penjenamaan semula Tingkatan Enam,Kementerian
Pendidikan Malaysia telah meluluskan Etika Pemakaian Murid Tingkatan Enam
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia Ke-203 pada 21 November 2013 dan Taklimat Khas Status Pelaksanaan
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan pada 27 Februari 2014.Bagi SMK Jitra,pelajar lelaki
dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang dan tali leher berwarna merah
manakala bagi pelajar perempuan pula dikehendaki memakai baju korporat berwarna
ungu.Pemakaian tersebut hanya dibenarkan pada hari Isnin dan Selasa manakala
pada hari Khamis pula semua pelajar
ditetapkan memakai pakaian batik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2025
26 JUN 2025 Pada hari Khamis yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform bagi peringkat Daerah Ku...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
No comments:
Post a Comment