Saturday 31 October 2015

MAJLIS PELANCARAN DAN PENUTUPAN HARI KEMERDEKAAN - 'AQILAH-

16 Ogos 2015 - " Merdeka ! " ...  genap 58 tahun negara Malaysia menyambut hari yang penuh bersejarah . Tanggal 31 Ogos 1957 sudah pastinya segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia begitu juga warga SMK Jitra . Hari keramat ini disambut dengan penuh gilang - gemilang oleh seluruh warga SMK Jitra .

Sebagai pembuka tirai , pada jam 12 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina telah diadakan upacara pelancaran hari kemerdekaan . Upacara tersebut diserikan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh tiga orang pelajar daripada pelbagai kaum . Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ' Negaraku ',  ' Malaysia Jaya ', 'Malaysia Maju '   dan  ' Keranamu Malaysia ' oleh seluruh warga SMK Jitra dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang . Upacara pelancaran Hari Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh puan pengetua SMK Jitra , Puan Hajah Latipah bt Kassim .


Persembahan mendeklamasikan sajak


Semua guru turut menyanyi dan mengibarkan Jalur Gemilang


15 September 2015 - Majlis penutupan sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan mencipta sajak , membuat buku skrap , kelas tercantik dan sebagainya .

Persembahan pentomen merupakan acara kemuncak majlis penutupan bulan kemerdekaan yang telah diarahkan oleh NUR AQILAH HUSNA BT ANUAR, pelajar dari tingkatan 4 Emerald.  Pentomen ini amat menyentuh hati dan mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada para penonton.

Majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan SMK Jitra ini diakhiri oleh ucapan dan perasmian penutupan oleh Encik Dali bin Awang merangkap PK Hem SMK Jitra.

#sehatisejiwa


                                           
            Persempahan Pentomen SMK Jitra

2 comments:

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...