Monday 14 December 2015

KEPUTUSAN PT3 2015 - SAKINA, MARYAM , 'AQILAH , ALYA , SYAREH , AMIRUL

14 Disember 2015 - Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Selama 3 tahun pelajar-pelajar yang mengambil PT3 tahun 2015 menelaah pelajaran bagi pentaksiran ini. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi pelajar PT3 2015 mengetahui keputusan PT3 mereka. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh pelajar PT3 sendiri, Muhammad Ammar Qayyum. Bacaan doanya yang syahdu dan bermakna memberi kekuatan kepada seluruh warga sekolah yang hadir agar kami semua meneruskan kehidupan dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMKJ, Encik Rushdan dengan pelbagai informasi mengenai PT3 2015 ini. Pengetua juga berkata ini bukanlah titik terakhir bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang. Mereka masih berpeluang untuk berusaha dengan lebih jitu pada SPM 2017 yang akan datang.







Seramai 217 pelajar PT3 2015 di SMK Jitra.  13 orang pelajar SMK Jitra telah mendapat " straight A" dan seramai 41 orang pelajar merupakan sisipan "straight A " dalam PT3 2015 . Antara pelajar yang mendapat " straight A " ialah:


Aida Adriana binti Abdul Aziz (3 Fathonah)
Ang Kian Guan (3 Cemerlang) 
Chan Zhee Yee (3 Cemerlang) 
Janice Ko Keh Shin (3 Cemerlang) 
Lui Qi Li (3 Cemerlang)  
Leong Xin Yi (3 Cemerlang) 
Ng Yen Dee (3 Cemerlang) 
Ooi Hui En (3 Cemerlang)
Deevagaran Naidu a/l Baiskaran (3 Cemerlang) 
 Jannah binti Mohamad Rozi (3 Cemerlang)
Kayla Ooi Yu Jin (3 Intelek) 
Ooi Yee Mun (3 Intelek) 
Yeong Wei Chung (3 Intelek)














Warga buletin berpeluang untuk menemu ramah tiga orang pelajar cemerlang PT3 2015. Mereka telah berkongsi rahsia kejayaan mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam PT3. 

AIDA ADRIANA
- Jangan tinggal solat
- Selalu berdoa
- Tumpu perhatian sewaktu cikgu sedang mengajar kerana perkara yang cikgu ajar banyak membantu
- Kongsi ilmu dengan rakan - rakan
- Usaha bersungguh - sungguh dan tawakal kepada Allah
KAYLA OOI YU JIN
- Study smart
- Makan dengan cukup untuk mendapat tenaga semasa belajar
- Urus masa sendiri dengan sistematik
- Jangan guna telefon pintar
- Jangan terlalu stres semasa belajar
OOI YEE MUN
- Hadir kelas tuisyen
- Jauhkan diri dari media sosial
- Urus masa dengan elok
- Buat persediaan awal

Tahniah kepada para pelajar yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya, usahlah berputus asa kerana masih banyak peluang untuk berjaya. Perjalanan masih jauh jadi sentiasalah berusaha. Semoga pelajar lain yang bakal menghadapi PT3 pada masa akan datang mendapat semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS BACAAN YASSIN MEGA DAN KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2024

[ 21 Mac 2024 ] SMK Jitra telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Mega dan Khatam Al-Quran kali pertama pada tahun 2024. Majlis ini diadakan d...