Wednesday 20 April 2016

KEPUTUSAN STPM - NISA

2 MAC 2016 - Majlis penyerahan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada jam 12.45 tengahari. Tanpa diduga , SMK Jitra telah diumumkan sebagai sekolah yang mendapat keputusan STPM terbaik di antara 37 buah sekolah yang menempatkan para calon yang menduduki STPM di negeri Kedah ini.
Oleh itu , satu Sidang Media Pengumuman Keputusan STPM Negeri Kedah 2015  telah diadakan di SMK Jitra pada jam 12 tengahari. Semua pelajar terbaik STPM di Kedah dijemput ke SMK Jitra untuk menghadiri sidang media tersebut. Sidang media ini disempurnakan oleh Dato Hajah Azuyah Hassan yang merupakan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Selain itu , Pn Hajah Latipah Kassim iaitu mantan pengetua SMK Jitra turut hadir ketika sidang media tersebut.
Setelah sidang media itu selesai , para tetamu mengatur langkah pula ke Dewan Ibnu Sina bagi melihat keputusan calon - calon SMK Jitra pula. Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6 , Pn Hajah Pawziah Adri , keputusan STPM SMK Jitra pada tahun 2015 telah mengalami peningkatan berbanding tahun 2014. Peningkatan ini sangat mengejutkan semua pihak. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 3.32 dan semua mata pelajaran lulus 100% .
Selain itu , SMK Jitra bukan sahaja terbaik di Kedah malah mendapat tempat ketiga terbaik di peringkat kebangsaan. Seramai 36 daripada 48 orang calon SMK Jitra mendapat pointer 3.0 ke atas . Sungguh membanggakan lagi apabila 2 orang calon mendapat pointer 4.0.
Semasa majlis tersebut , pihak wartawan sekolah telah menemu bual dua calon STPM untuk bertanyakan tentang tips kejayaan mereka. Menurut salah seorang calon yang ditemu bual , dia sentiasa menunaikan solat 5 waktu sehari semalam serta mengamalkan solat sunat hajat pada setiap pagi sebelum subuh. Selain itu , mereka berdua berkongsi satu matlamat yang sama iaitu belajar pada saat akhir tetapi berguna.
Tahniah diucapkan kepada semua calon STPM 2015 . Diharapkan calon STPM tahun ini , akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM kali ini. Semoga SMK Jitra terus cemerlang di persada dunia.




Senarai sekolah terbaik STPM 2016

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....